Menu
Tentera Laut Diraja Malaysia Pangkalan TLDMTLDM telah meninggalkan pangkalan bersejarahnya, KD Malaya, di Woodlands, Singapura, untuk pangkalan baru yang lebih moden, yang turut dipanggil KD Malaya, di Lumut, Perak. Pangkalan lain telah dibina dibina di Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang, yang turut berkhidmat sebagai Markas Wilayah Laut 1 dan di Tanjung Pengelih, Johor yang berkhidmat sebagai pusat latihan rekrut tentera laut KD Sultan Ismail. Pangkalan turut terdapat di Sungai Antu, Sarawak, di Labuan, dan Sandakan Sabah. Sebuah pangkalan pusat untuk operasi kapal selam telah dibina di Teluk Sepanggar, Sabah yang mana turut berfungsi sebagai Markas Wilayah Laut 2. Sebuah lagi pangkalan sedang dibina di Pulau Langkawi, Kedah untuk dijadikan pusat untuk operasi di Lautan Hindi. Akses ke Lautan Pasifik telah disediakan dengan pangkalan TLDM di Semporna, Sabah. Pemerintahan wilayah TLDM mulanya terbahagi kepada dua kawasan Malaysia Barat (Wilayah Laut I) dan Malaysia Timur atau Sabah dan Sarawak (Wilayah Laut II). Lazimnya pemerintah atau panglima wilayah-wilayah ini berpangkat Laksamana Pertama (satu bintang), tetapi dahulunya pernah juga dijawat pegawai kanan berpangkat Kepten. Pernah juga sesebuah wilayah diketuai oleh seorang Laksamana Muda (dua bintang) baru-baru ini[20]. TLDM juga berhasrat untuk menubuhkan wilayah keempat di Sungai Antu dan menetapkan pemerintahan setiap wilayah untuk seorang Laksamana Muda di masa akan datang.
Menu
Tentera Laut Diraja Malaysia Pangkalan TLDMBerkaitan
Tentera Tentera Laut Diraja Malaysia Tentera Darat Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia Tentera Udara Amerika Syarikat Tentera Angkasa Amerika Syarikat Tentera Udara Diraja British Tentera Laut Argentina Tentera Darat British Tentera Laut UthmaniyahRujukan
WikiPedia: Tentera Laut Diraja Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id... http://tldm.blogspot.com/ http://defence-data.com/f2006/pagefa1093.htm http://www.janes.com/extract/jni2001/jni0362.html http://www.malayviral.com/2016/09/senarai-pangkat-... http://www.naval-technology.com/projects/lekiu/ http://www.spacewar.com/reports/DCNS_Delivers_Firs... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://www.lima.com.my/news_navalforces.php http://www.tempur.com.my/dcp.news.view.asp?newsID=...